Thursday, 25 February 2021

Peperiksaan Selaras Akhir Tahun Tingkatan 4 2020 Dijalankan 2021

 

Dewan Felda Bukit Jalor

Dewan MPKK Air Kuning

Peperiksaan Selaras Akhir Tahun Tingkatan 4 peringkat PPD Tampin berjaya dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh PPD. Program Ujian Offsite ini atas ilham KPPD Tampin sendiri. Bermula pada 22 Februari 2020 hingga 3 Mac 2021, dua pusat off-site digunakan iaitu Dewan Felda Bukit Jalor dengan calon seramai 24 orang dan di Dewan Air Kuning seramai 29 orang. Dua pusat off-site digunakan bagi memudahkan pelajar dan menjamin keselamatan mereka dengan lokasi terdekat dengan kediaman masing-masing.
      Semua pelajar Tingkatan 5 2021 dapat menghadirkan diri. Kerjasama ibu bapa amat baik. Terima kasih diucapkan kepada pihak MPKK dan Penyelaras DUN Gemencheh yang memberikan kebenaran menggunakan kemudahan premis dan tajaan makan rehat pelajar. Terima kasih juga kepada pihak Felda Bukit Jalor yang membenarkan penggunaan dewan Felda. Terima kasih juga kepada Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG serta barisan AJK serta Pengerusi PIBK SMK Bukit Jalor yang membantu menjayakan pelaksanaan Peperiksaan Selaras yang julung kali diadakan di luar premis sekolah.

No comments:

Post a Comment