Salah satu lokasi pembelajaran off-site iaitu Dewan Felda Bukit Jalor
selain Dewan Air Kuning
selain Dewan Air Kuning
Pelajar Ting. 5 2021 di Dewan Felda Bukit Jalor
Di luar Dewan Peperiksaan SPM
Memantau SOP Peperiksaan SPM
Pengarah diiringi YDP PIBG, Pengetua dan GPK1
Di Perpustakaan
Di Taman Herba
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan mengadakan lawatan kunjung bantu dan pemantauan SOP Pembukaan Sekolah pada 1 Mac 2021. Kunjung bantu dan pemantauan SOP ini menjelang pembukaan sekolah pada 6 April 2021 apabila semua pelajar kembali belajar secara bersemuka nanti. Tuan Hj. Md. Fiah bin Md. Jamin, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan turut diiringi oleh Tuan Alias bin Abdul Samad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin serta pegawai JPNS dan PPD Tampin.
Beliau turut dibawa melawat pembelajaran secara off-site bagi pelajar tingkatan 5 di Dewan Felda Bukit Jalor sebelum ke sekolah. Beliau berkesempatan beramah mesra dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 2021. Selain pemantauan SOP keluar masuk sekolah di pagar sekolah, SOP Pelaksanaan SPM turut dipantau. Turut dikunjungi ialah perpustakaan, bilik media, bilik kaunseling, bilik menu wakaf, makmal sains, kantin, taman herba, Bilik PPKI, laman fertigasi dan laluan pelajar.
Terima kasih kepada Tuan Pengarah, Tuan KPPD dan semua pegawai yang terlibat atas kesudian melakukan lawatan kerja ke SMK Bukit Jalor.
No comments:
Post a Comment