1. Siapakah Pengetua sekolah kini?
Pengetua sekolah ialah En. Syed Naseer bin Syed Mohideen. Mulai berkhidmat di SMK Bukit Jalor pada 21 September 2020.
2. Apakah status sekolah ini?
Sekolah ini Gred B Sekolah Harian Biasa, kategori Sekolah Luar Bandar. Terdapat pelajar aliran perdana (Peralihan, Ting. 1 -5), dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Kod sekolah ialah NEE5039.
3. Bagaimanakah pencapaian akademik khususnya SPM di sekolah ini?
Pencapaian GPS SPM 2019 adalah 6.03 manakala pada tahun 2018 ialah 5.79.
4. Apakah keutamaan sekolah ini di bidang sukan?
Permainan ping pong, bola keranjang, sepak takraw, bola jaring dan bola sepak. Pencapaian ping pong sejak paling konsisten dengan mendapat johan daerah dalam beberapa kategori pada 2017, 2018 dan 2019.
5. Apakah keistimewaan sekolah ini dalam kelab dan persatuan?
Kelab Komputer merupakan kelab yang menempa nama daerah.
6. Apakah badan beruniform yang paling berjaya?
Unit Puteri Islam ialah pasukan yang menonjol dengan pencapaian setiap tahun mewakili kawad kaki sekolah ke daerah. Lazimnya, mereka mendapat johan atau naib johan NGO peringkat daerah.
7. Apakah kejayaan khas sekolah ini?
Kejayaan 2020 adalah dalam bidang kreatif iaitu penghasilan reka bentuk t-shirt Pertandingan PPDa Negeri.
8. Apakah mata pelajaran elektif yang ditawarkan bagi pelajar Tingkatan 4 2021 ?
Kelas 4 STEM (Grup 1) - Add Maths, Fizik, Kimia, Biologi/Sains Komputer
Kelas 4 STEM (Grup 2) - Perniagaan, Pendidikan Seni Visual/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Kelas 4 TVET (Grup 1) - Produksi Multimedia
Kelas 4 TVET (Grup 2) - Pendidikan Seni Visual
9. Apakah kebitaraan sekolah?
HEM - Pengurusan 3K
Akademik - Pusat Sumber Sekolah
Kokurikulum - Permainan Ping Pong, Puteri Islam, Kelab Komputer
10. Apakah lagi yang menarik ?
Pusat Sumber Sekolah yang kondusif dan menarik.
11. Berapakah bilangan pelajar sekolah?
260 orang murid pada 1 Jan 2021
12. Mengapakah pertandingan kawad kaki daerah sering diadakan di sini?
Ada padang kawad kaki yang luas di hadapan dewan sekolah
13. Berapakah target GPS SPM 2021?
GPS 4.99
14. Berapakah guru dan AKP yang ada?
27 orang guru dan 10 orang AKP.
15. Apakah nilai perkhidmatan sekolah ini?
Menghargai Masa
Integriti
Kualiti
Kegigihan
Esprit De Corps
16. Bagaimanakah sekolah ini bermula?
17. Adakah ada PPKI? Apakah kemahiran PPKI sekolah ini?
Ya, ada. Pelajar PPKI menjalani program Pastri.
18. Mata Pelajaran MPV yang ada?
19. Siapakah Yang Dipertua PIBG kini?
YDP PIBG kini ialah En. Rosli bin Baharuddin. Tinggal di Felda SMK Bukit Jalor.
20. Apakah nombor telefon sekolah dan alamat penuh sekolah?
Telefon/Faks : 06-4479305.
Alamat : SMK Bukit Jalor,
73200 Gemencheh. N. Sembilan.
No comments:
New comments are not allowed.