Thursday, 25 February 2021

Peperiksaan Selaras Akhir Tahun Tingkatan 4 2020 Dijalankan 2021

 

Dewan Felda Bukit Jalor

Dewan MPKK Air Kuning

Peperiksaan Selaras Akhir Tahun Tingkatan 4 peringkat PPD Tampin berjaya dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh PPD. Program Ujian Offsite ini atas ilham KPPD Tampin sendiri. Bermula pada 22 Februari 2020 hingga 3 Mac 2021, dua pusat off-site digunakan iaitu Dewan Felda Bukit Jalor dengan calon seramai 24 orang dan di Dewan Air Kuning seramai 29 orang. Dua pusat off-site digunakan bagi memudahkan pelajar dan menjamin keselamatan mereka dengan lokasi terdekat dengan kediaman masing-masing.
      Semua pelajar Tingkatan 5 2021 dapat menghadirkan diri. Kerjasama ibu bapa amat baik. Terima kasih diucapkan kepada pihak MPKK dan Penyelaras DUN Gemencheh yang memberikan kebenaran menggunakan kemudahan premis dan tajaan makan rehat pelajar. Terima kasih juga kepada pihak Felda Bukit Jalor yang membenarkan penggunaan dewan Felda. Terima kasih juga kepada Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG serta barisan AJK serta Pengerusi PIBK SMK Bukit Jalor yang membantu menjayakan pelaksanaan Peperiksaan Selaras yang julung kali diadakan di luar premis sekolah.

Tuesday, 23 February 2021

SOP Sijil Pelajaran Malaysia

 
Pelajar yang datang seawal jam 7.00 pagi membuat persediaan
terutamanya mengisi Borang Deklarasi Kesihatan


Hari Kedua SPM - Rehat Antara Kertas 1 dan Kertas 2
Pelajar makan di dewan dengan mematuhi SOP
Jika rehat panjang, - Makan di Bilik Kelas Yang Ditetapkan

Tahniah - Disiplin Pelajar Tahun ini amat baik
Datang awal dan menjaga adab semasa peperiksaan

Bacaan Doa sebelum diambil alih oleh Petugas Peperiksaan 

Pelajar Baca Doa mengikut giliran setiap hari

Suasana tenang menjawab peperiksaan


Tuesday, 16 February 2021

Program Tuisyen Pintar MARA MRSM Gemencheh dan Kunjungan ADUN Gemencheh ke Program

 






Pada 16 Februari, seramai 20 orang pelajar Tingkatan 5 calon SPM mengikuti program tuisyen khas bersama MRSM Gemencheh. Melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah yang dibimbing oleh guru-guru MRSM Gemencheh di bawah program Tuisyen Pintar MARA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 
     YB Dato' Mohd Isam bin Hj Mohd Isa, ADUN Gemencheh turut meluangkan masa membuat kunjungan ke program ini dan memberikan ucapan motivasi SPM kepada pelajar-pelajar. 

Friday, 12 February 2021

Taman Herba 12 Februari 2021











Taman Herba ini merupakan taman info hidup yang memaparkan keunikan herba semula jadi yang menjadi budaya masyarakat Malaysia. Pelajar dapat menimba ilmu melalui konsep jelajah di taman ini yang menjelaskan nama spesies tumbuhan, kegunaannya dan khasiat kesihatan dalam kehidupan.