Program Radio Ramadan - Info Ramadan dan Permintaan Lagu Raya
Program Ihya Ramadan yang berlangsung selama sebulan, dirasmikan penutupannya pada Jumaat 7 Mei 2021. Hadiah disampaikan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama hingga tempat ketiga dalam pelbagai pertandingan. Antara acara yang dijayakan ialah Hubbul al-Quran, Kuiz Ramadan, Tadarus al-Quran dan Tabung Infak Ramadan.
Seramai 41 orang pelajar asnaf dan anak yatim turut menerima sumbangan tunai Ramadan. Sumbangan adalah daripada guru-guru, AKP dan pelajar-pelajar. Pada akhir program, semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama menerima duit raya daripada pihak sekolah. Semoga bulan Ramadan ini memberi manfaat kepada pembangunan insaniah dan kemenjadian pelajar dalam bidang kerohanian.