Perkataan JALOR membawa makna tersendiri. Kini, ia dijelmakan dalam satu wacana khas yang menggambarkan misi setiap pelajar di SMK Bukit Jalor.
Bertepatan dengan visi negara ke arah kemenjadian murid berhadapan dengan era Revolusi Industri 4.0, maka warga sekolah perlu bergerak maju ke hadapan untuk melahirkan generasi berilmu pengetahuan yang holistik dan bersedia hidup dalam suasana baharu dan menyahut pelbagai pilihan kerjaya yang dinamik.
J - Jaguh akademik dan kokurikulum
A - Amalan sahsiah dan disiplin terpuji
L - Luas pengetahuan, kemahiran dan inovatif
O - Optimis dan kegigihan teras jati diri
R - Revolusi Industri 4.0 milik kami