Bilik Khas - Menu Wakaf
Makanan bungkus sebanyak 35 set
Pelajar terpilih mengambil makanan semasa waktu rehat
Ambil makanan dan tandakan rekod ambilan harian
Program unik ini diadakan untuk membantu pelajar miskin dan kurang berkemampuan supaya dapat bersarapan semasa rehat. Setelah dibuat tapisan dan kaji selidik, seramai 35 orang pelajar daripada pelbagai tingkatan dan pelbagai bangsa dipilih untuk menjadi penerima menu wakaf. Ternyata, membawa impak apabila mereka berminat hadir ke sekolah dan mengurangkan gejala ponteng sekolah dalam kalangan 35 pelajar terlibat. Bahkan, tiada rungutan daripada guru-guru lagi bahawa mereka kurang bermaya semasa belajar.
Syukur, kerana setiap hari sudah ada penderma atau penyumbang untuk makanan bungkus mereka. Antara penyumbang utama ialah ibu bapa / penjaga yang berminat bersedekah. Penyumbang bolehlah menghubungi Pn. Zainon iaitu guru kaunseling SMK Bukit Jalor untuk menetapkan tarikh wakaf makanan.
Program ini mula dilaksanakan pada Februari 2020. Program ni mendapat sambutan yang menggalakkan.
Program ini mula dilaksanakan pada Februari 2020. Program ni mendapat sambutan yang menggalakkan.