Tuesday, 31 May 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMKBJ 2022

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah dijalankan pada 31 Mei 2022(Selasa). Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh PIBG dan PIBK SMK Bukit Jalor. Pelbagai aktiviti dan persembahan disediakan bagi meraikan Hari Guru SMKBJ bagi tahun 2022. 


 
Acara Senamrobik bersama pegawai-pegawai dari Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan


Sukaneka bersama semua guru, AKP dan pekerja swasta SMK Bukit Jalor

Aktiviti "Mumia" guru antara kelas-kelas.


Persembahan Pelajar India                                    Persembahan Pelajar Cina
Persembahan Sajak dan Syair                                         Persembahan Nyanyian

Persembahan pelajar Tingkatan 5 STEM

Persembahan Tarian Guru

Acara Memotong Kek Hari Guru

Penyampaian hadiah kepada barisan PIBG dan PIBK yang banyak membantu menguruskan aktiviti pada hari ini.

Penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka dan Anugerah Guru 2022

Penyampaian Plak cenderamata kepada semua guru SMKBJ






Monday, 30 August 2021

Seminar Teknik Menghafal Sejarah SPM 2021


Pada 29 Ogos 2021 (Ahad), Panitia Sejarah telah mengadakan Seminar Teknik Menghafal Sejarah secara Google Meet. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, seminar ini juga diharapkan dapat membantu pelajar untuk menguasai fakta Sejarah menggunakan teknik menghafal yang betul. Sekaligus dapat memberi jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan SPM. Program ini melibatkan 101 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 serta guru-guru mata pelajaran Sejarah SMK Bukit Jalor.


Monday, 2 August 2021

Penyerahan Laptop kepada Pelajar/Ibu bapa bagi Program Cerdik

 

Pegawai PPD Tampin bersama barisan Pentadbir SMKBJ bergambar sebelum penyerahan laptop dijalankan.

Ibu Bapa/Penjaga dan pelajar perlu menyemak suhu dan daftar MySejahtera sebelum menerima laptop
YDP PIBG SMKBJ turut menyampaikan peranti kepada penjaga





Friday, 7 May 2021

Penutupan Program Ihya Ramadan 2021

 









Pelancaran Awal Ramadan

Program Radio Ramadan - Info Ramadan dan Permintaan Lagu Raya


Program Ihya Ramadan yang berlangsung selama sebulan, dirasmikan penutupannya pada Jumaat 7 Mei 2021. Hadiah disampaikan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama hingga tempat ketiga dalam pelbagai pertandingan. Antara acara yang dijayakan ialah Hubbul al-Quran, Kuiz Ramadan, Tadarus al-Quran dan Tabung Infak Ramadan.
      Seramai 41 orang pelajar asnaf dan anak yatim turut menerima sumbangan tunai Ramadan. Sumbangan adalah daripada guru-guru, AKP dan pelajar-pelajar. Pada akhir program, semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama menerima duit raya daripada pihak sekolah. Semoga bulan Ramadan ini memberi manfaat kepada pembangunan insaniah dan kemenjadian pelajar dalam bidang kerohanian.

Thursday, 29 April 2021

Pelancaran Program Pelajar Elit SPM 2021

 




        Tahniah dan syabas kepada 10 orang pelajar program Elit SPM 2021. Semoga mereka gigih berusaha dan beroleh kekuatan untuk mencapai kejayaan yang mereka hasratkan untuk SPM 2021. Pelancaran ini dirasmikan pada 30 April 2021. Pelbagai aktiviti untuk pelajar elit menyusul pelajar elit iaitu kelas bimbingan elit, modul latihan elit SPM, debriefing oleh pelajar elit, dialog prestasi bersama pelajar elit dan mentor-mentee. Sesungguhnya, kecemerlangan berada di tangan anda. Dengan berkat doa, sokongan ibu bapa dan bimbingan guru, impaknya ialah genggaman kejayaan.